Tuesday 31 July 2012

DUNIA ini KECIL

Ya Allah, betapa kecil dunia ini den rasakan walaupun keluasan Bumi adalah 510,072,000 km2. Inilah yang dijelaskan oleh Allah di dalam firmannya: 


Surah Al-Hujurat, ayat ke 13;

Maknanya: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).






Ya Allah......Sungguh unik dan teratur sekali peraturan serta penciptaanmu....Hanya itulah yang dapat den ungkapkan...TAPI KENAPA PULAK TIBA2 CAKAP CAMTU.......APE CER????

Tadi bukak FB, den pun ushar2 la profile kengkawan....Dari satu 'LAMAN MUKA' ke satu 'LAMAN MUKA' yang lain. Disamping melihat kenalan mereka.MasyaALLAH. Rupanya kawan mereka adalah orang yang den kenali jugak. SEE...Kecik kan dunia ni.Bak kata orang Penang- PI MAI PI MAI TANG TU JUGAK......

Itulah peristiwa yang mungkin dirasakan kecil, tetapi impaknya sangat besar terhadap umat manusia...Bak kata FIFA> SAY NO TO RACISM.Mungkin ade benarnya..Kerana penciptaan manusia yang berbeza2 bukanlah atas sebab untuk dihina, sbg contoh penciptaan manusia berkulit gelap bukanlah untuk diejek sbg BONTOT KUALI atau sbgnya. Ini membuktikan setiap kaum adalah unik dan perlu dihormati, bukan dicerca. Oleh itu, sayangilah setiap manusia yang kita jumpa, kerana mungkin di satu masa nanti, merekalah yang akan membantu kita di waktu susah...

Wallahualam...Jazakallah



1 comment: